Kehidupan seharian kita digegarkan dengan krisis dunia yang tidak dijangka. Sepanjang PKP ini, ada yang mengambil peluang ini untuk berehat, ada yang tiba-tiba kerja macam nak gila, tak kurang juga yang sedang mencari pekerjaan. Walaupun dalam keadaan yang tidak ada kepastian ini, bukan masanya untuk kita menjadi cacamerba. Ini adalah masa untuk kita duduk tenang, dan berfikir. Perancangan strategik perlulah dilakukan, penelitian jalan menangani dan menyesuaikan diri dengan situasi ini wajib dihitung. Ada yang mengambil peluang ini dengan menceburi bidang tukang potong rambut, fitness coach dan ada juga yang mencuba sebagai Masterchef. Di SOLS edu Pro, kami percaya sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran anda. Ini memastikan anda mendapat kemahiran hidup yang lebih tinggi apabila tempoh PKP ini berakhir. Di sini kami cadangkan beberapa cara untuk menyesuaikan diri anda sambil meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.
Tahukah anda, permintaan untuk e-book dari Perpustakaan Negara Malaysia telah meningkat dengan mendadak semasa PKP yang diumumkan pada 18 Mac 2020? Baca artikel dari Bernama disini. Membaca merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan mental kita stabil, apatah lagi apabila seluruh sedunia sedang menjalani tempoh PKP dan mengamalkan penjarakkan sosial dari keluarga dan rakan-rakan. Admin sendiri membaca setiap hari menggunakan aplikasi seperti Feedly dan Google News. Aplikasi-aplikasi ini membantu admin fokus membaca artikel tentang topik atau isu yang trending atau penting, tanpa gangguan video-video kucing dan bayi comel di media sosial. Susah untuk duduk di satu tempat dan membaca? Cuba dapatkan versi buku audio. Terdapat banyak aplikasi di Google Play Store atau App store untuk mendengar buku audio seperti Audible atau Blinkist. Pakai headfon dan tambahkan ilmu sambil mencuci pinggan, membersihkan rumah atau bersenam.
Pernah dengar podcast? Masa untuk mencuba benda baru bukan? Sama ada anda ingin belajar mengenai industri hiburan, teknologi, editan video terbaru, pusat rekreasi atau apa sahaja yang anda berminat, pasti terdapat podcast di luar sana untuk mengajar anda. Aplikasi yang boleh digunakan untuk mendengar podcast adalah Spotify atau Google Podcast. Anda boleh mendengar podcast sementara mengemas rumah atau bersenam. Untuk mereka yang berulang alik ke tempat kerja, anda boleh mendengar podcast semasa memandu atau di dalam pengangkutan awam. Ini adalah cara yang sangat mudah untuk membuka minda anda kepada topik atau isu yang sedang trending.
Ramai antara kita berkeinginan untuk belajar bahasa baru, kegunaan semasa kerja, melancong, menghayati drama di TV atau mungkin untuk menambah dengan rakan-rakan baru di luar negara. Terdapat banyak aplikasi yang boleh membantu anda untuk belajar bahasa baru, seperti Duolingo atau Memrise. Untuk mereka yang sangat suka drama Korea, cuba lah belajar menggunakan aplikasi seperti ini. Jika anda ingin menguasai Bahasa Inggeris, aplikasi SOLS edu Pro membantu anda belajar dari bahasa asal anda. Ini bermakna anda boleh Bahasa Inggeris dari Bahasa Malaysia, Bahasa Mandarin atau Bahasa Indonesia. Kursus Work Essential English sesuai untuk mereka yang ingin mula dari tahap asas dan adalah percuma sehingga 31 Mei 2020. Sudah habis kursus? Ambil ujian Cambridge dengan SOLS 24/7. Di atas adalah beberapa cadangan dari SOLS edu Pro untuk menyesuaikan dan meningkatkan kemahiran diri pada masa yang sama. Apabila tempoh PKP berakhir, anda akan berada di hadapan merentasi masa. Jangan lupa mengamalkan tabiat penjarakkan sosial, sering membasuh tangan dan memakai face mask apabila keluar rumah. Ini adalah amalan normal baharu untuk menjaga kesihatan diri dan mereka yang terdekat.