Bagaimanakah Pendidikan Sekarang?

Bagaimanakah Pendidikan Sekarang?

Pandemik Covid-19 telah membolak-balikkan dunia kita – keadaan kini tidak lagi dan tidak boleh lagi kembali seperti dulu. Pandemik global ini benar-benar memberi cabaran dan membuatkan kita meneliti semula cara kita melakukan sesuatu.

Salah satu bidang yang banyak terjejas adalah pendidikan. Ia merupakan bahagian utama dalam kehidupan kanak-kanak. Proses pembelajaran dan pengalaman di bilik darjah bukan sahaja sebahagian daripada latihan kemahiran dan pengetahuan, malah boleh membentuk watak dan memupuk kreativiti mereka.

Apabila pandemik mengakibatkan sesi pembelajaran secara bersemuka terhenti, sistem pendidikan konvensional tiba-tiba menjadi kacau-bilau. Pelajar, guru dan ibu bapa terpaksa bergelut dengan konsep dan pelaksanaan pembelajaran dalam talian dan interaksi melalui skrin.

Namun, usah kita menganggap semua ini sebagai gangguan semata-mata. Sebaliknya kita patut mengambil peluang untuk menilai dan mentaksir serta membayangkan semula pendidikan agar dapat membentuknya kembali untuk masa hadapan.

Dalam era digital ini, pendidik perlu mengembangkan lagi pengetahuan mereka tentang celik digital serta peranannya yang semakin bertambah dalam pendidikan dan kerjaya di masa hadapan. Teknologi mempunyai potensi yang luar biasa untuk mewujudkan akses yang lebih luas dan mudah kepada pendidikan untuk semua.

Artikel ini menyebut tentang ‘mastery-based learning’ atau pembelajaran berasaskan penguasaan sebagai cara untuk membayangkan semula pendidikan. Semua ini membentuk asas kepada SOLS edu app kami. Aplikasi ini membenarkan personalisasi pembelajaran yang sukar diadakan dalam suasana bilik darjah biasa. Kaedah ini membolehkan pelajar untuk belajar secara intuitif, interaktif dan mengikut kesesuaian tahap tersendiri, dengan menerima maklum balas peribadi.

Pandemik ini juga telah mendedahkan jurang sosioekonomi yang ketara dalam pendidikan yang perlu ditangani. Kita kini mempunyai keperluan yang mendesak untuk mewujudkan akses dan peruntukan sumber yang saksama.

Walaupun dasar kaedah pendidikan konvensional masih lagi relevan sehingga hari ini, kita perlu melangkah keluar dari ruang lingkup sedia ada untuk berfikir, menyusun kembali dan membayangkan semula pendidikan untuk generasi akan datang.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut →

Share this post


Related Posts