5 Trend Teknologi Pendidikan dan Latihan Terbaik 2022

5 Trend Teknologi Pendidikan dan Latihan Terbaik 2022

Peralihan daripada pembelajaran dan bekerja dalam ruang fizikal kepada platform dalam talian merupakan salah satu daripada peralihan terbesar yang berlaku akibat pandemik Covid-19. Malah, perubahan ini nampaknya akan kekal bertahan dalam satu tempoh yang agak lama.

Anjakan fizikal ini turut memerlukan anjakan paradigma. Cara kita belajar dan bekerja sebelum ini kini beransur hilang dan digantikan dengan kaedah baharu seperti bekerja dalam suasana hibrid dan pembelajaran dalam talian. Oleh itu, pendekatan kita terhadap pengajaran dan latihan juga perlu berubah seiring dengan peredaran zaman.

‘Nilai sektor teknologi pendidikan (EdTech) diramalkan meningkat kepada $680 juta menjelang 2027’. Hal ini penting kerana ia membuktikan bahawa nilai EdTech semakin bertambah dan semakin kukuh. Teknologi tersebut semakin berkembang pesat, mewujudkan lebih banyak kemungkinan. Aplikasi mudah alih, pengkomputeran awan dan AI membolehkan kita membayangkan semula pendidikan dan suasana di tempat kerja.

Saya teruja dengan perkembangan ini kerana kita bakal menemui begitu banyak potensi dengan pelbagai sumber untuk dikenal pasti. Walaupun kita masih lagi bergelut dengan masalah-masalah akibat pandemik, contohnya dalam memastikan anak-anak meneruskan pembelajaran. Selain menjamin pekerjaan kita agar dapat bertahan dalam keadaan yang tidak stabil ini, kita mempunyai harapan yang cerah untuk EdTech.

Forbes telah menyenaraikan trend utama untuk tahun ini – pembelajaran jarak jauh, pendidikan seumur hidup, teknologi pembelajaran immersive (AR dan VR), AI dan automasi dalam bilik darjah serta pembelajaran nano. Di SOLS kami sudah mengadaptasi teknologi untuk membolehkan pembelajaran jarak jauh dilaksanakan, dengan manfaat-manfaat daripada AI dan automasi serta menggunakan gaya pembelajaran nano.

Pendidikan dan pembelajaran tidak seharusnya, dan tidak sepatutnya terhenti. Kita perlu terus belajar, memastikan sekolah-sekolah kita memenuhi keperluan dan menyediakan persekitaran kerja yang lengkap. Inilah satu-satunya cara untuk memperkasakan dan melengkapkan diri kita dalam menghadapi arus perubahan.

Klik di sini untuk membaca lebih lanjut →

Share this post


Related Posts